Kami berbesar hati untuk bangunkan sebuah Landing Page sempena sambutan ulang tahun ke-10 Simplysiti.
Sempena satu dekad dalam industri, Simplysiti memanfaatkan pencapaian ini untuk berterima kepada semua pelanggan atas sokongan mereka.
Landing page ini turut memaparkan video perjalanan Simplysiti dari awal pembabitan dalam industri sehingga mampu berkembang ke tahap sekarang.
Selain itu, video kompilasi testimoni turut dipautkan bagi meningkatkan reputasi Simplysiti sebagai jenama kosmetik tempatan yang dipercayai ramai.
Landing page ini turut dilengkapi dengan butang CTA yang menawarkan beg ekslusif percuma bagi pembelian RM 100 ke atas.