SimplySiti telah menugaskan team website kami untuk membangunkan sebuah landing page bagi memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu Rose Luxe.
Landing page ini direka dengan tema serba elegan bagi menyerlahkan haruman serta kelembutan bunga mawar.
Ini sesuai dengan rangkaian Rose Luxe yang diinspirasikan oleh bunga tersebut.
Imej serta penerangan tentang kelebihan produk sudah tentu dapat menarik pelanggan untuk mengenali rangkaian Rose Luxe dengan lebih dekat.
Pada masa yang sama, butang CTA untuk membeli rangkaian kosmetik ini turut disediakan bagi memudahkan pembelian.
Pelanggan bebas untuk membeli set lengkap atau secara berasingan menerusi butang yang disediakan.