Laman web E-Dagang (E-Commerce) membolehkan pemilik bisnes menjual produk atau servis yang ditawarkan secara atas talian. Kebiasaanya laman web E-Commerce akan dilengkapi dengan katalog product yang membolehkan pengguna membeli dan membuat pembayaran melalui kaedah pembayaran atas talian yang dipasang
Tujuan utama ketika pembinaan laman web e-commerce ialah untuk memudahkan pelanggan mencari dan membuat pembelian produk yang diingikan. Laman web e-commerce juga boleh dijadikan sebagai kedai 24 jam bagi pemilik bisnes.
Laman web e-commerce yang dibina dengan baik dan mesra pengguna boleh menjadi salah satu alat yang penting untuk pemilik bisnes mengembangkan empayar bisnes mereka atas talian.
WooCommerce merupakan plugin untuk membolehkan laman web berfungsi sebagai kedai atas talian. Integrasi WooCommerce & WordPress amat mudah dan ia menjimatkan masa dan kos dari membina sistem kedai online anda daripada kosong.
WooCommerce seperti juga WordPress mempunyai komuniti yang besar. Ini memberi manfaat kepada penggunanya untuk mencari rujukan dan penyelesaian sekiranya perlu. Masalah yang kita hadapi di laman web mungkin sudah ada yang lalui, jadi boleh sahaja ambil solusi daripada mereka.
Pasukan terlatih kami siap sedia untuk membantu anda.
Customer Happiness
Customer Happiness
Rangkaian Solusi Digital Kami
© 2023 LamanWeb – Kontraktor Bina Website Bumiputera. Solusi digital oleh Web Impian Sdn. Bhd. 201001036239 (920163-H)