Dusun Exothick merupakan pembekal buah-buahan tempatan yang organik dan bermutu tinggi.
Team kami telah ditugaskan oleh Dusun Exothick untuk menghasilkan sebuah website e-commerce sebagai platform untuk mereka menjual produk buah-buahan melalui sistem atas talian.
Bagi mengekalkan kualitinya, buah-buahan ini terjual dalam dua kategori iaitu segar dan beku (fresh & frozen) serta segar dan kering (fresh & dry).
Kalau nak tahu, dusun yang terletak di Kuala Lipis, Pahang ini juga terbuka kepada semua yang gemar aktiviti camping. Jadi, website ini juga memudahkan pelanggan untuk membuat sewaan tapak perkhemahan, makanan serta kelengkapan untuk berkhemah menggunakan variasi WooCommerce.
Bukan itu sahaja, malah laman web ini juga adalah platform yang tepat untuk mempromosikan pakej SahabatNiaga iaitu peluang bisnes bagi usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaan bersama Dusun Exothick.