Bermula sebagai personal shopper, Amory menjadi pilihan ramai penggemar aksesori berjenama import seperti beg, jam tangan, kasut dan macam-macam lagi.
Team website kami telah membantu Amory untuk paparkan rangkaian aksesori pelbagai jenama dengan rekaan laman web yang minimalis dan teratur.
Dengan adanya laman web sendiri, anda juga bebas untuk jalankan kempen pemasaran digital mengikut matlamat bisnes.
Seperti di website Amory, team kami telah tambahkan fungsi email follow-up. Ini bukan sahaja dapat membantu bisnes mencapai pelanggan, malah ia juga memudahkan pelanggan untuk semak status pesanan mereka.
Memang tak dinafikan barangan berjenama harganya agak tinggi. Oleh sebab itulah team kami lengkapkan laman ini dengan fungsi deposit dan juga Buy Now, Pay Later (BNPL) bagi memudahkan pelanggan miliki aksesori import idaman mereka.
Bagi memudahkan urusan pembayaran, pelanggan turut ditawarkan dengan pelbagai pilihan payment gateway.